PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN ISLAMIAH MALAYSIA
STRUKTUR PERTUBUHAN
PAKIM secara amnya menguruskan urusan berkaitan dengan kebajikan ahli-ahlinya yang majoriti beragama Islam dan berbangsa Melayu. PAKIM mempunyai wakil di hampir setiap negeri di Malaysia. Wakil-wakil PAKIM ini ditugaskan untuk menguruskan urusan kebajikan berbentuk khidmat nasihat, bimbingan/pembangunan insan serta bantuan kewangan kepada ahli-ahlinya yang memerlukan. Selain daripada itu, PAKIM juga menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. Walaubagaimanapun, selaras dengan tujuan dan matlamat PAKIM yang tidak mengetepikan masyarakat bukan Islam/Melayu; beberapa bahagian telah dibentuk bagi memudahkan PAKIM berurusan dengan golongan tersebut. Buat masa ini, terdapat 1 bahagian yang telah diwujudkan:
KELAB TEMPUR TANPA SENJATA
Kelab Tempur Tanpa Senjata atau 'TTS' ini merupakan sebuah kelab seni mempertahankan diri ('martial arts'). Ia diletakkan dibawah naungan PAKIM bagi memberi saluran kepada ahli-ahli yang ingin mempelajari seni mempertahankan diri. Bertujuan meningkatkan disiplin diri di kalangan ahli-ahli PAKIM, ia secara tidak langsung dapat menghindarkan ahli-ahlinya dari terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial yang kurang sihat.
BIRO KHAS PAKIM
Biro Khas ini telah diwujudkan setelah PAKIM menerima maklumbalas daripada golongan bukan Islam yang tertarik dengan konsep kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama yang dilaksanakan dalam aktiviti-aktiviti PAKIM. Ahli-ahli yang bernaung dibawah Biro Khas ini diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PAKIM dan membantu PAKIM dalam menyampaikan bantuan kepada golongan bukan Islam yang memerlukan di seluruh Malaysia.