PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN ISLAMIAH MALAYSIA


STRUKTUR KEAHLIAN

Beikut adalah struktur keahlian dalam Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia. Untuk makluman, semua gelaran yang diberikan hanyalah digunakan di dalam Pertubuhan sahaja.

 1. PADUKA AYAHANDA ~ membawa gelaran "Yang Teramat Mulia" (YTM)
Paduka Ayahanda merupakan taraf keahlian yang paling tinggi di dalam struktur keahlian PAKIM. Gelaran ini dianugerahkan kepada Pengerusi PAKIM yang kebiasaannya berasal dari keturunan Kerabat DiRaja dan merupakan pengasas kepada PAKIM. Paduka Ayahanda bertindak sebagai ketua di dalam segala perkara berkaitan dengan Pertubuhan ini.
 2. AHLI MAJLIS KEHORMAT / BERSEKUTU ~ membawa gelaran "Yang Berbahagia (YBhg.)
Ahli Majlis Kehormat / Bersekutu merupakan taraf keahlian yang dianugerahkan kepada individu yang telah banyak berjasa kepada pertubuhan dan masyarakat sekeliling. Ahli Majlis Kehormat / Bersekutu bertanggungjawab untuk membantu Paduka Ayahanda dalam urusan tertinggi PAKIM. Ahli Majlis Kehormat / Bersekutu boleh diwakili oleh individu dari sektor awam dan swasta yang berpengalaman luas dalam bidang tertentu bagi memastikan ketelusan dalam setiap perkara berkaitan Pertubuhan.
 3. MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA ~ membawa gelaran "Ayahanda"
Majlis Ayahanda-Ayahanda merupakan kumpulan yang diwakili oleh semua Ayahanda Negeri dan diketuai oleh Paduka Ayahanda. Perlantikan untuk menjadi ahli Majlis Ayahanda-Ayahanda ini dibuat berdasarkan jasa dan kebajikan yang telah dilakukan kepada Pertubuhan setelah mendapat persetujuan Majlis Ayahanda-Ayahanda dan/atau persetujuan Paduka Ayahanda PAKIM. Majlis Ayahanda-Ayahanda adalah platform bagi Ayahanda-Ayahanda Negeri membincangkan perkara berkaitan Pertubuhan dari perspektif kebajikan negeri masing-masing.
 4. AYAHANDA NEGERI / KAWASAN ~ membawa gelaran "Ayahanda"
Ayahanda Negeri merupakan ahli PAKIM yang telah dilantik sebagai ketua kepada semua Ayahanda Kawasan yang terdapat di sesebuah negeri. Ayahanda Negeri bertanggungjawab untuk menjaga, menjadi penasihat dan membuat keputusan untuk perkara-perkara kebajikan yang melibatkan adik-beradik dan anak-anak yang berada di dalam negeri tersebut. Ayahanda Kawasan merupakan ahli PAKIM yang telah dilantik sebagai ketua kepada semua Abang Long di dalam satu gabungan kawasan yang terdapat di sesebuah negeri. Ayahanda Kawasan bertanggungjawab membantu Ayahanda Negeri serta menjaga, menjadi penasihat dan membuat keputusan untuk perkara-perkara kebajikan yang melibatkan adik-beradik dan anak-anak yang berada di dalam gabungan kawasan tersebut.
 5. MAJLIS KEKANDA-KEKANDA ~ membawa gelaran "Kekanda"
Majlis Kekanda-Kekanda merupakan kumpulan yang diwakili oleh semua Kekanda Negeri dan diketuai oleh Paduka Kekanda. Perlantikan untuk menjadi ahli Majlis Kekanda-Kekanda ini dibuat berdasarkan jasa dan kebajikan yang telah dilakukan kepada Pertubuhan setelah mendapat persetujuan Majlis Ayahanda-Ayahanda dan/atau persetujuan Ayahanda Paduka PAKIM.
 6. PADUKA KEKANDA ~ membawa gelaran "Kekanda"
Paduka Kekanda adalah orang kanan kepada Paduka Ayahanda. Paduka Kekanda bertanggungjawab membantu Paduka Ayahanda dalam urusan-urusan rasmi berkenaan PAKIM. Paduka Kekanda juga bertindak sebagai panglima kepada Majlis Kekanda-Kekanda.
 7. KEKANDA NEGERI / KAWASAN ~ membawa gelaran "Kekanda" 
Kekanda Negeri merupakan ahli PAKIM yang dilantik sebagai ketua kepada semua Abang Long yang terdapat di sesebuah negeri. Kekanda Negeri bertanggungjawab membantu Ayahanda Negeri untuk menjaga kebajikan, menjadi penasihat dan memberi pandangan/cadangan bagi perkara-perkara kebajikan yang melibatkan semua Abang Long dan ahli-ahli biasa yang berada di dalam negeri tersebut. Kekanda Kawasan merupakan ahli PAKIM yang dilantik sebagai panglima kepada semua Abang Long di dalam gabungan kawasan yang terdapat di sesebuah negeri. Kekanda Kawasan bertanggungjawab membantu Ayahanda Kawasan dan Kekanda Negeri serta menjaga kebajikan semua Abang Long dan ahli-ahli biasa yang berada di bawah gabungan kawasan tersebut.
 8. ABANG LONG / ABANG KAWASAN ~ membawa gelaran "Abang Long"
Abang Long merupakan ahli PAKIM yang mewakili satu gabungan kawasan yang terdapat di sesebuah negeri. Abang Long bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan menjadi penasihat kepada semua Abang Kawasan dan ahli-ahli biasa yang berada di bawah gabungan kawasan tersebut.  Abang Kawasan merupakan ahli PAKIM yang mewakili satu kawasan yang terdapat di sesebuah negeri. Abang Kawasan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan ahli-ahli biasa yang berada di dalam kawasan tersebut.
 9. AHLI BIASA PAKIM
 Ahli biasa merupakan mereka yang baru berdaftar menjadi ahli PAKIM.