PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN ISLAMIAH MALAYSIA
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
Berikut adalah syarat-syarat untuk layak berdaftar dan menjadi ahli PAKIM:
- Berusia 18 tahun dan ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Lelaki/Wanita.
- Beragama Islam (bagi yang bukan beragama Islam tetapi berminat dengan tujuan dan matlamat PAKIM, sila baca item 9).
- Berminat dengan tujuan/matlamat Pertubuhan.
- Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi-bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
- Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
- Bagi mereka yang bukan beragama Islam tetapi ingin menjadi ahli PAKIM, keahlian mereka akan didaftarkan di bawah Biro Khas di bawah PAKIM yang mengurus dan mengelola keahlian bagi ahli-ahli bukan Islam.