PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN ISLAMIAH MALAYSIA
PENGENALAN
Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAKIM telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Oktober 2010. PAKIM ditubuhkan sebagai platform untuk membela kebajikan ahli-ahlinya yang majoriti beragama Islam dan berbangsa Melayu serta masyarakat setempat; selaras dengan konsep kebajikan Islamiah yang menyeru umatnya untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai sebuah pertubuhan yang berasaskan komuniti, PAKIM mendidik ahli-ahlinya untuk bermuafakat, membantu antara satu sama lain dan juga membantu golongan yang memerlukan. Ini secara tidak langsung dapat menyatu-padukan masyarakat terutamanya umat Islam yang berbangsa Melayu dengan masyarakat berbilang-kaum yang terdapat di Malaysia.
- Membimbing dan membela nasib ahli-ahlinya dan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan;
- Membantu memajukan ekonomi kaum bumiputera yang beragama Islam.
- Membimbing para remaja Islam menghindari gejala-gejala sosial yang kurang sihat.
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti sihat bagi membantu anak-anak yang beragama Islam.